Hah,..yang nie salah satu benda wajib tahu dan wajib ambil tahu.
Kasut ni cutting kadang-kadang tak sama..saiz yang dikehendaki tidak sama antara design kasut..
Oleh itu, kita sebagai pengguna..terutamanya pada wanita. Untuk membeli kasut secara online ni adalah wajar untuk buat sedikit research gitu.lebih-lebih lagi berkenaan saiz "standard" kasut wanita serta kadar "conversation" saiz kasut anda mengikut negara-negara berkaitan.
Di sini saya lampirkan bersama panduan untuk mengukur saiz kasut anda beserta carta saiz kasut.

Barangan yang anda perlukan untuk mendapatkan ukuran yang tepat bagi kaki anda adalah sehelai kertas yang lebih besar dari kaki anda, pensil, tape dan pembaris atau pita pengukur. Lekatkan kertas ke lantai.
Letakkan kaki anda di atas kertas yang telah dilekatkan di atas lantai kemudian lakarkan mengikut saiz kaki anda. Ketika anda hendak melakar pastikan anda memakai sarung kaki yang akan dipakai bersama-sama kasut yang hendak dibeli.
Kemudian gunakan pembaris dan pensel untuk membuat satu garisan lurus di bahagian atas dan bawah, kiri dan kanan. Pastikan anda mengambil garisan yang paling luar sekali mengikut lakaran kaki anda.
Gunakan pembaris atau pita ukur untuk mengukur panjang dari garisan bawah ke atas. Pastikan anda memegang pita pengukur lurus, dan tandakan panjang kaki anda mengikut garisan paling luar yang telah dibuat.
Kemudian ulangi seperti langkah di atas untuk mendapatkan kelebaran kaki anda pula. Perhatian, anda perlu mengukur kedua-dua belah kaki kerana saiznya adalah berbeza. Selepas mengukur kedua-dua belah kaki, ambil saiz paling besar dan ianya merupakan saiz kasut paling tepat untuk kaki anda.
No comments:
Post a Comment